Pelajar Universiti Cairo ditahan miliki novel Orwell, '1984'
Astro Awani
November 10, 2014 10:48 MYT
November 10, 2014 10:48 MYT
Seorang penuntut Universiti Cairo diberkas pihak polis Mesir pada Ahad kerana membawa novel berjudul, 1984 oleh novelis popular George Orwell yang menggambarkan kehidupan masyarakat ‘distopia’di bawah pemerintahan diktator yang berlandaskan sistem hirarki.
Pelajar berusia 21 tahun itu ditahan di pagar masuk utama universiti tersebut dan barangan peribadi termasuk dua telefon bimbit, dua pemacu USB dan cakera keras turut dirampas, menurut petikan akhbar Mesir, Al-Masry Al-Youm.
Laporan itu turut memetik yang pihak berkuasa menjumpai beberapa keping nota milik pelajar tersebut yang menyebut ajaran khalifah Islam dan cara menggunakannya di sesebuah negara.
Novel literatur hasil nukilan penulis tersohor George Orwell. - Sumber Foto/artdoxa.com