Pelajar umur 48 tahun menangis dapat pegang mikroskop

Faida Rahim
September 11, 2022 13:28 MYT
Video yang dimuat naik di Instagram Goodnews Movement itu memaparkan Sandra dilihat sebak ketika pertama kali memegang mikroskop.
BRASILIA: Disebabkan masalah kewangan sewaktu zaman muda, seorang wanita terpaksa melupakan niat meneruskan alam persekolahan.
Walau bagaimanapun, wanita berusia 48 tahun ini akhirnya berjaya memasuki sekolah menengah dan meneruskan pembelajaran yang tertangguh.
Memetik laporan Hindustan Times, video yang dimuat naik di Instagram Goodnews Movement itu memaparkan Sandra dilihat sebak ketika pertama kali memegang mikroskop.
“Pelajar berusia 48 tahun ini dilihat sebak dan menangis kerana dapat memegang mikroskop. Sandra bekerja sebagai pembantu rumah sejak meninggalkan alam persekolahan sejak 25 tahun lalu kerana masalah kewangan.
“Baru-baru ini sahaja dia berpeluang untuk masuk ke sekolah semula. Sains merupakan salah satu cara mengakses keindahan planet indah ini,” tulis kapsyen di hantaran berkenaan.
Sehingga kini, video berkenaan menerima sebanyak 2.4 juta tontonan serta 236,560 tanda suka.
Tinjauan di ruangan komen, lebih 2,000 komen ditinggalkan tanda sokongan gembira untuk wanita itu.
#Instagram #Sains #mikroskop #pelajar veteran
;