Pelajar NUS kecewa mesej tentang hukuman mati dipinggirkan

Astro Awani
Julai 11, 2022 05:00 MYT
NUS telah menurunkan rakaman langsung majlis berkenaan, namun memuat naik semula kemudian dengan suntingan. - Foto Twitter/@AngMohSnowball
SINGAPURA: Seorang pelajar National University of Singapore (NUS) kesal dengan tindakan pihak universiti itu yang membuang rakaman video dia mengambil skrol ijazahnya, susulan tindakannya memegang sekeping kertas bertulis 'mansuhkan hukuman mati'.
Menerusi Twitter, pelajar yang hanya dikenali dengan nama Luke menggunakan nama pengguna @angmohsnowball mendedahkan dalam satu bebenang panjang lebar, dia kecewa kerana tindakan solidariti terhadap mereka yang dikenakan hukuman mati, bukan sahaja tidak dihiraukan malah cuba dipadamkan.
"Ia adalah satu tindakan kecil untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengambil tindakan yang sama. Untuk menentang keganasan, untuk memperjuangkan mereka yang menerima ketidakdilan akibat hukuman mati. Untuk menyatakan bagaimana kuasa mendorong keganasan. Untuk berdiri dalam perpaduan, kasih sayang dan empati dengan semua orang.
"[Tetapi] ia sesuatu yang ingin dipadamkan oleh NUS. NUS telah menurunkan rakaman langsung majlis berkenaan, namun memuat naik semula kemudian dengan suntingan," katanya sambil mendakwa pihak jurufoto yang mengambil gambarnya juga cuba melakukan suntingan agar tulisan pada kertas A4 berkenaan tidak dapat dilihat jelas.
Jelas Luke, jika tidak bersetuju, NUS boleh membiarkan sahaja perkara itu berlalu tanpa perlu menyebut atau mengambil apa-apa tindakan, namun tindakan universiti memadamkan klip, dianggapnya sebagai 'usaha keras' untuk menafikan ia pernah berlaku.
"NUS berusaha keras untuk memadamkan mesej itu. Berpura-pura tiada pelajar yang berfikiran begitu dan sedang cuba melakukan sesuatu. Untuk mengatakan 'semuanya baik-baik saja' dengan mengecualikan sesuatu yang tidak selesa kepada institusi mereka.
"Apabila mereka berbuat demikian, ia menghantar mesej bahawa mereka akan mendiamkan apa sahaja yang mengancam kuasa mereka, walaupun ia adalah seruan menentang keganasan.
"Ia menjadikan mereka terlibat dalam mengekalkan hierarki kuasa dalam masyarakat. Hierarki yang mengabaikan, yang mengeksploitasi, yang menjadikan orang menentang satu sama lain, yang membunuh," dakwanya lagi.
Pada 7 Julai, seorang lagi warga Malaysia, Kalwant Singh telah dihukum gantung oleh Singapura kerana mengedar dadah, selepas disabitkan kesalahan memiliki dadah dan mengedar diamorfin.
BACA: Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
BACA: Nagaenthran jalani hukuman gantung awal pagi tadi
Pada April, Nagaenthran K Dharmalingam, turut dihukum gantung di Singapura kerana mengedar dadah jenis heroin.

Gather round, folks. Heres a story on the sign I held on stage at my graduation, calling for the abolition of the death penalty in Singapore. And how NUS tried their hardest to erase it. A [thread emoji] 1/13 pic.twitter.com/T5xcpwdN3t

— Luke (@AngMohSnowball) July 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hukuman mati #Dadah #Malaysia #Singapura
;