Pelajar maut terkena tamparan 'kecundang' permainan 'tampar-menampar'
April 16, 2018 18:08 MYT
Seorang pelajar tahun enam dilaporkan meninggal dunia sewaktu bermain permainan ‘tampar menampar’ di sebuah sekolah dalam wilayah Punjab di Pakistan.
Lapor media tempatan, Express Tribune, mangsa Bilal dan rakannya Aamir sedang bermain sejenis permainan Thapar Kabaddi (tampar-menampar) sewaktu masa rehat di sekolah kerajaan Mian Channu, sebelum Bilal terkena tamparan kuat di bahagian lehernya.
Sewaktu permainan, beberapa orang guru dan rakan sekolah mereka turut sama memerhatikan permainan mereka.
Video rakaman kemalangan yang berlaku awal bulan itu hanya muncul semalam setelah menjadi tular.
Lebih malang tiada sesiapa yang datang membantu dan segera membawanya ke hospital. Bantuan hanya tiba setengah jam kemudian dan Bilal telahpun meninggal dunia.