Pelajar maut, seorang lagi cedera tembakan di sekolah
Astro Awani
Mac 20, 2023 06:15 MYT
Mac 20, 2023 06:15 MYT
TEXAS: Seorang pelajar maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Polis memaklumkan, suspek, yang juga seorang pelajar di sekolah berkenaan, telah ditahan.
Kejadian berlaku di perkarangan sekolah pada jam 6.55 pagi, ketika ramai pelajar mula tiba pada hari pertama persekolahan selepas cuti musim bunga.
Ketua Polis Arlington, Al Jones berkata, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di sekolah manakala seorang mangsa lagi dilaporkan stabil.
Jones tidak mendedahkan identiti suspek kerana masih di bawah umur namun mengesahkan dia akan ditahan di pusat tahanan juvana.
Punca kejadian masih dalam siasatan.