Pelajar maut jatuh tebing ketika asyik 'berselfie'
Agensi
Januari 5, 2019 07:00 MYT
Januari 5, 2019 07:00 MYT
Seorang pelajar asal India dilaporkan maut selepas terjatuh dari tebing ketika asyik mengambil gambar sendiri atau ’selfie’ di Ireland.
Pelajar malang berusia 20 tahun itu dikatakan sedang mengikuti pengajian di Dublin, lapor polis.
Dia dipercayai hilang imbangan ketika mengambil gambar di lokasi tumpuan pelancong terkenal, tebing Cliffs of Moher in County Clare pada Jumaat.
Ketika kejadian, dianggarkan terdapat ratusan pengunjung sedang menikmati pemandangan dan berjalan di tepi tebing, lapor The Irish Mirror.
Perkhidmatan kecemasan termasuk helikopter dkerahkan serta merta sejurus mesin penggera dibunyikan.
Pelajar terbabit berjaya dikesan dan diterbangkan ke bandar Doolin berhampiran sebelum disahkan telah meninggal dunia.
Polis yang megambil keterangan saksi, menafikan ada unsur lain terhadap insiden itu, termasuk cubaan membunuh diri.
Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan dan pihak berkuasa sedang menghubungi keluarga mangsa.
Ini bukan kali pertama kejadian berlaku di lokasi yang sama.
Pada 2007, seorang warga Ireland maut selepas terjatuh dari tebing Cliffs of Moher ketika mengambil gambar.
#bergambar
#dublin
#hilang
#India
#Ireland
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#pelajar
#pelajar maut
#pelancong
#polis
#selfie