Pelajar Jepun terselamat selepas kemalangan bot

Astro Awani
Disember 26, 2012 14:37 MYT
Sekumpulan 15 orang pelajar Jepun yang hilang selepas kemalangan bot di Tokyo semuanya telah diselamatkan, penyiar awam NHK dan agensi berita Jiji melaporkan selepas memetik laporan polis dan pegawai-pegawai tempatan.
Menurut laporan, sekumpulan 50 pelajar dari sekolah-sekolah menengah yang berbeza telah berada pada sesi latihan bersama semasa mereka jatuh ke dalam perairan sejuk selepas kanu yang mereka naiki terbalik.
Laporan juga mengatakan bahawa lagi 35 orang telah diselamatkan serta merta.
Bagaimana kemalangan itu berlaku atau situasi pelajar yang telah diselamatkan masih belum dipastikan.
#bot karam #pelajar hilang #perairan sejuk #selamat #Tokyo
;