Pelajar jaga bapa lumpuh di asrama unversiti disanjung netizen
Kohilah Sekaran
Mac 5, 2016 17:47 MYT
Mac 5, 2016 17:47 MYT
KISAH seorang pelajar universiti di Hainan, China yang menjaga bapanya yang lumpuh di asrama telah menyentuh perasaan pengguna media sosial.
Memetik laporan portal Shanghaiist, Zhao Delong membawa bapanya yang lumpuh itu untuk tinggal bersama dia di asrama bagi memastikan keadaan ayahnya terjaga.
Difahamkan, selepas ayahnya jatuh sakit, ibu Zhao tidak dapat menjaga keadaan ayahnya dengan baik serta mengalami kemurungan yang mendalam.
Menurut Zhao, apa yang dilakukanya sekarang tidak sebesar pengorbanan ibu bapanya ketika dia menghidapi penyakit polio pada usia muda,
Ketika itu, ibu bapanya telah banyak membuat pengorbanan untuk memastikan dia sembuh sepenuhnya dan mampu untuk berjalan semula.
Bagi membalas balik kasih sayang mereka, Zhao mengambil keputusan untuk membawa ayahnya yang sakit itu ke asrama dan memberi sepenuh perhatian.
Rutin harian Zhao termasuk membersihkan tubuh bapanya, memberus gigi serta menyediakan makanan.
“Ayah pernah menjaga saya sebelum ini, kini dia pula sakit dan saya tidak akan meninggalkannya berseorangan,” kata Zhao seperti dipetik dalam portal Shanghaiist.
Dalam pada itu, pihak universiti turut menghulurkan bantuan Zhao dengan menyediakan pihak yang lebih besar kepada mereka bagi memudahkan urusan harian mereka.