Pelajar, guru terbunuh dalam kemalangan bas sekolah di New Jersey
Agensi
Mei 17, 2018 06:36 MYT
Mei 17, 2018 06:36 MYT
Seorang guru dan seorang murid terbunuh selepas sebuah bas sekolah bertembung dengan sebuah lori sampah dan terbalik di bandar Mount Olive, New Jersey pada Khamis, menurut Gabenor Phil Murphy.
Media tempatan melaporkan, 40 yang lain turut cedera, beberapa daripadanya kritikal, dan semuanya dibawa ke hospital berdekatan, termasuk pemandu lori berkenaan.
Bagaimanapun, identiti dua yang terbunuh dalam kemalangan di lebuh raya Interstate 80 tersebut masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa.
Datuk Bandar Mount Olive, Rob Greenbaum, menyifatkan kejadian itu satu kemalangan yang "mengerikan".
Menurut pihak berkuasa, bas berkenaan membawa 38 murid dan tujuh orang dewasa dari East Brook Middle School di Paramus, New Jersey.
Salah seorang saksi, Jay Faltings, berkata dia melihat orang ramai membantu menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat dalam nahas itu.
Katanya, bahagian depan lori sampah berkenaan terputus sementara bas itu terkeluar dari rangkanya selepas melanggar penghadang jalan dan terbalik.
#Amerika Syarikat
#bas
#bas sekolah
#cedera
#Datuk Bandar
#Gabenor
#Kanak-kanak
#kemalangan
#lori sampah
#New Jersey
#Phil Murphy
#sekolah