Pelajar 16 tahun maut ditikam rakan sekolah di Aberdeen

Kohilah Sekaran
Oktober 29, 2015 14:35 MYT
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun, Bailey Gwynne maut ditikam oleh seorang pelajar di sebuah sekolah, Cults Academy di Aberdeen. - Gambar Facebook
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun, Bailey Gwynne mati ditikam oleh seorang pelajar di sebuah sekolah, Cults Academy di Aberdeen, Scotland.
Memetik laporan Mirro.co.uk, mangsa meninggal dunia berikutan kecederaan parah akibat ditikam oleh seorang pelajar yang identitinya belum dikenal pasti.
Kejadian itu dilapor berlaku pada kira-kira jam 1.30 petang semalam di sebuah kawasan laluan sekolah yang dikenali sebagai ‘the street’ oleh pelajar akademi tersebut.
Bailey kemudian dikejarkan ke hospital Aberdeen Royal Infirmary untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun tidak dapat diselamatkan.
Polis Scotland berkata dalam satu kenyataan, “Polis Scotland mengesahkan susulan kejadian serius di Cults Academy petang ini, mangsa yang berusia 16 tahun itu telah meninggal dunia.
Gambar Facebook
Waris mangsa telah dimaklumkan. Siasatan sedang dijalankan dan seorang lelaki berusia 16 tahun telah ditahan berhubung kejadian ini bagi membantu siasatan polis .“
Menurut Pengetua CultsAkademi, Anna Muirhead, pelajar-pelajar serta kakitangan Cults Academy masih terkejut."
“Bailey merupakan seorang pelajar penyayang dan mempunyai ramai kawan.
Doa kami bersama keluarga pelajar tersebut,” kata Anna.
Cults Academy adalah sebuah sekolah yang terbesar di bandar tersebut dan merupakan salah satu sekolah dengan pencapaian pelajar yang terbaik.
Sekolah itu juga merupakan pemegang anugerah yang konsisten bagi kecemerlangan pelajar dalam akademik.
Sementara itu, Menteri pertama Scotland, Nicola Sturgeon, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian itu.

All my thoughts are with the family & friends of the young man who has tragically died at Cults Academy today. https://t.co/fPhREzsTJg

— Nicola Sturgeon (@NicolaSturgeon) October 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Aberdeen #Bailey Gwyne #Cults Academy #Scotland
;