Pelaburan China di Afrika beri kesan buruk - Tillerson
Agensi
Mac 6, 2018 07:54 MYT
Mac 6, 2018 07:54 MYT
Amerika Syarikat memberi amaran pelaburan China di Afrika akan memburukkan masalah hutang rantau itu termasuk menggalakkan pergantungan negara terlibat dengan Beijing.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson memberi amaran itu dan mendakwa pendekatan pelaburan China itu bakal melemahkan kedaulatan negara di Afrika.
Jelas Tillerson projek oleh negara kuasa besar Asia itu melibatkan pinjaman yang besar, menggalakkan rasuah dan ketidaktentuan tawaran kontrak.
"Pelaburan China berpotensi untuk menangani jurang infrastruktur di benua Afrika, tetapi pendekatannya telah menyebabkan hutang meningkat dan mengundang masalah pekerjaan," jelasnya.
Tillerson yang dalam rangka lawatannya ke Habsyah membezakan langkah China itu dengan pendekatan yang sedang dibuat Amerika Syarikat, yang digambarkannya sebagai bekerjasama dengan negara-negara Afrika sambil mempromosikan kedaulatan undang-undang dan pembangunan demokratik.
"Apabila ditambah dengan tekanan politik dan fiskal, ini membahayakan sumber asli Afrika dan kestabilan ekonomi dan politik jangka panjangnya," tambahnya.
Mengulas mengenani hubungan AS-Africa, Tillerson berkata Amerika Syarikat melihat "masa depan yang cerah" untuk Afrika apabila pertumbuhan berlaku di rantau itu hasil komitmen yang ditekankan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Tillerson memberitahu bahawa AS mengumumkan bantuan setengah juta dolar dalam bantuan kemanusiaan "untuk melawan kelaparan dan maslaah nutrisi" dan menangani keperluan berkaitan konflik di Somalia, Habsyah, Sudan Selatan dan Lake Chad Basin.