Pekerja pos Britain mogok, tuntut kenaikan gaji

Astro Awani
Ogos 26, 2022 05:30 MYT
Tindakan mogok ini sekali gus menggangu operasi domestik serta pelanggan. - Foto REUTERS
LONDON: Pekerja pos Royal Mail Britain di seluruh United Kingdom melakukan mogok empat hari bermula Jumaat bagi menuntut kenaikan gaji susulan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Setiausaha Agung bagi Pertubuhan Komunikasi Pekerja (CWU), Dave Ward berkata, kakitangan sangat marah dengan kadar pemberian gaji sedia ada dan mula hilang kepercayaan terhadap syarikat Royal Mail Britain.
Tindakan mogok mereka ini sekali gus menggangu operasi domestik serta pelanggan.
Rakyat UK menjangkakan kenaikan 80 peratus kos sara hidup dengan bil elektrik melambung tinggi serta inflasi yang diunjurkan melebihi 13 peratus.
Royal Mail sebelum ini mendakwa telah menawarkan 5.5 peratus kenaikan gaji kepada pekerja CWU, iaitu peningkatan terbesarnya sejak beberapa tahun.
#pekerja pos #kenaikan gaji #mogok #Britain
;