Pekerja kilang tayar Goodyear di Perancis protes

Astro Awani
Februari 27, 2013 17:51 MYT
Pekerja Kilang Tayar Goodyear di Perancis mengadakan protes terakhir dalam usaha untuk menyelamatkan pekerjaan mereka.
Protes ini adalah usaha terakhir yang dijalankan selama 62 bulan dalam usaha menghalang kilang berkenaan daripada dipindahkan ke China.
Pekerja membakar tayar di kawasan kilang, selepas usaha mencari pembeli baru menemui jalan buntu.
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Kilang Tayar Titan di Amerika Syarikat mengkritik pekerja di kilang berkenaan yang disifatkan terlalu bersenang lenang.
Surat tersebut mengundang kemarahan ahli politik dan Pengarah Goodyear Perancis dengan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak adil.
Namun surat tersebut menunjukkan keadaan sebenar di Perancis yang dibelenggu gaji tinggi, cuti panjang dan hari bekerja yang pendek.
Dengan kadar pengangguran di Perancis yang berada pada 10 peratus dan meningkat, Amiens, lokasi kilang Goodyear berdepan ancaman ekonomi.
Presiden Perancis Francois Hollande sebelum ini menyatakan Perancis akan berdepan masa depan yang kelam dengan lebih banyak penjimatan dijangka.
#Amerika Syarikat #China #Goodyear #Perancis #tayar
;