Pekerja dipecat angkara tulis surat terbuka kepada CEO

Syafique Shuib
Februari 23, 2016 20:21 MYT
CEO Yelp Jeremy Stoppelman dalam beberapa tweet berkata beliau tidak bercampur tangan dalam pemecatan Jane.
SEORANG pekerja laman ulasan terkenal Yelp dipecat selepas menulis surat terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Jeremy Stoppelman, di laman blog Medium.
Talia Jane, 25, yang berkhidmat sebagai petugas perkhidmatan pelanggan di bawah syarikat perkhidmatan penghantaran milik Yelp, Eat24, meluahkan ketidakpuasan hati tentang gaji yang rendah dan kehidupan yang susah di San Francisco.
“Saya tidak membeli barang di pasar raya sejak saya mula berkerja di sini. Bukan kerana saya malas… tetapi saya tidak mampu untuk membeli barangan runcit.
“Lapan puluh peratus daripada gaji saya digunakan untuk membayar sewa rumah. Ironik? Pekerja untuk aplikasi perkhidmatan penghantaran yang menelan belanja sebanyak $300 juta tidak mampu untuk membeli makanan,” tulis Talia di laman Medium.
Nukilan yang panjang itu turut menyentuh tentang mengapa kadar pengekalan di syarikat berkenaan begitu rendah.
“Saya belum lama di sini tetapi wajah-wajah pekerja kian berubah setiap minggu. Adakah ia kerana syarikat anda menawarkan pakej untuk menarik mereka yang tidak mempunyai tanggungjawab untuk bekerja,” tambahnya.
Susulan surat terbuka ini, Talia diberhentikan daripada pekerjaannya.
Perkara ini diakui sendiri oleh beliau dalam satu kemaskini.
Beliau anggap apa yang berlaku adalah satu kebetulan dan berharap para pembaca dapat membantunya untuk mencari pekerjaan baharu.
Sementara itu, Stoppelman dalam beberapa tweet berkata beliau tahu tentang surat terbuka itu namun tidak bercampur tangan dalam pemecatan Talia.
Beliau akui kos sara hidup di San Francisco tinggi dan berharap pengguna Twitter tidak mengecam beliau kerana isu ini.

1/5 Late last night I read Talia's medium contribution and want to acknowledge her point that the cost of living in SF is far too high.

— Jeremy Stoppelman (@jeremys) February 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

2/5 I have been focused on this issue, backing anti-NIMBY group SFBARF and speaking out frequently about the need to lower cost of housing.

— Jeremy Stoppelman (@jeremys) February 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

3/5 I've not been personally involved in Talia being let go and it was not because she posted a Medium letter directed at me.

— Jeremy Stoppelman (@jeremys) February 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

4/5 Two sides to every HR story so Twitter army please put down the pitchforks. The reality of such a high Bay Area cost of living is...

— Jeremy Stoppelman (@jeremys) February 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

5/5 entry level jobs migrate to where costs of living are lower. Have already announced we are growing EAT24 support in AZ for this reason.

— Jeremy Stoppelman (@jeremys) February 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#dipecat #Jeremy Stoppelman #surat terbuka #Talia Jane #Yelp
;