Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Agensi
November 18, 2024 09:40 MYT
November 18, 2024 09:40 MYT
SANAA: Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan kritikal pada Ahad.
Jurucakap pejuang Houthi, Yahya Sarea berkata, operasi itu dijalankan menggunakan dron dan mencapai matlamat dengan berkesan.
"Angkatan bersenjata Yaman (Houthi) akan meneruskan operasi ketenteraan mereka sebagai tindak balas terhadap jenayah Zionis di Gaza dan Lubnan," kata Sarea.
Kumpulan Houthi yang disokong oleh Iran telah melancarkan serangan terhadap laluan perkapalan antarabangsa berhampiran Yaman sejak 7 Oktober, sekali gus menyasarkan kapal yang didakwa berhubung dengan Israel sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.
Beberapa siri serangan ini telah mencetuskan serangan balas dari Amerika Syarikat dan Britain.