Pejuang Houthi adalah 'pengganas' - Biden

Astro Awani
Januari 13, 2024 07:20 MYT
Biden berkata Washington akan bertindak balas kepada Houthi jika mereka meneruskan tingkah laku yang disebutnya keterlaluan. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melabel pejuang Houthi Yaman sebagai kumpulan pengganas.
White House sebelum ini menyatakan mereka akan menyerang kubu kuat kumpulan itu selepas beberapa kapalnya disekat daripada melalui Laut Merah susulan sokongannya terhadap tindakan kejam Israel di Gaza.
Bagaimanpun, pesawat perang, kapal, dan kapal selam AS dan British telah melancarkan berpuluh-puluh serangan udara di seluruh Yaman semalaman.
Biden berkata Washington akan bertindak balas kepada Houthi jika mereka meneruskan tingkah laku yang disebutnya keterlaluan.
"Kami akan pastikan kami bertindak balas kepada Houthi jika mereka meneruskan kelakuan keterlaluan ini," katanya.
London dan Washington berkata serangan mereka di Yaman adalah sebagai membalas dendam.
Ia selepas berbulan-bulan lamanya serangan oleh pejuang Houthi terhadap mana-mana kapal yang melalui Laut Merah yang mempunyai kaitan terus dengan Israel di Gaza.
#Joe Biden #Houthi #pengganas #Laut Merah
;