Pejalan kaki cedera ditikam, penyerang berjaya larikan diri

Agensi
Mac 7, 2018 06:26 MYT
Polis Austria menjalankan ujian forensik di lokasi serangan yang mencederakan tiga mangsa - Foto AP
Tiga pejalan kaki dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas ditikam seorang lelaki bersenjatakan pisau di Prater Park.
Media tempatan melaporkan kejadian di taman terkenal di ibu negara Austria itu berlaku sekitar jam 7:45 petang Rabu waktu tempatan.
Menurut laman berita heute.at penyerang bertindak menikam mangsanya secara rawak sebelum melarikan diri.
Polis mengesahkan mangsa yang cedera terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 40 dan 50 tahun.
Suspek masih diburu dan motif serangan belum dapat dipastikan.
#buru #cedera #mangsa #pejalan kaki #pisau #serangan #suspek
;