SINGAPURA: Peguam yang mewakili seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli memberitahu Mahkamah Singapura bahawa beliau telah meminta jabatan penjara republik itu dan Institut Kesihatan Mental (IMH) menjalankan satu lagi penilaian psikiatri ke atas anak guamnya.
Wee Hong Shern dari Ong & Co. LLC berkata beliau telah membuat permintaan itu pada 4 Julai dan kini menunggu laporan penjelasan daripada IMH atau “sekurang-kurangnya penjelasan daripada penjara”.
"Dalam temu bual saya (dengan tertuduh) nampaknya ada isu dengan laporan perubatannya... perkara yang tidak sepadan.
"Saya bukan pakar, oleh itu saya minta pihak penjara dan IMH membuat penilaian lain ke atasnya (tertuduh). Hasilnya akan lebih baik jika kita mendapat penangguhan yang lebih lama," katanya.
Hakim Daerah Terence Tay yang mendengar permohonan itu berkata beliau "lebih suka memberikan penangguhan yang lebih singkat" dan menetapkan tarikh baharu pada 31 Julai untuk sebutan kes itu.
Tay mengekalkan tiada jaminan ke atas tertuduh.
"Apabila saya melihatnya, (dia) agak berbeza daripada laporan perubatan...nampak (rasa) sesal," kata Wee ketika didekati Bernama di luar bilik mahkamah.
"Semoga kami dapat melakukan diagnosis baharu sekali lagi. Saya sudah memintanya. Saya harap mereka bersetuju," jawabnya.
Tertuduh muncul menerusi pautan video pada Isnin.
Pada Mac lepas, mahkamah memerintahkan lelaki itu direman selama tiga minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di institut itu.
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana "disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela".
Dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya.
Pada 12 Mac, polis dimaklumkan tentang satu kes di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang pelakon berusia 36 tahun, dengan baton yang kemudiannya dirampas oleh polis sebagai bahan bukti kes.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk menyertai acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara.
Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka bersedia untuk meneruskan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka bersedia untuk meneruskan kes itu. - Gambar fail/ IG Kamal Adli
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
COVID-19: Dubai larang pembedahan tidak penting, aktiviti hiburan
Penangguhan sementara yang berkuat kuasa mulai 12 tengah malam Khamis adalah bagi memberi keutamaan kepada rawatan pesakit COVID-19.
Penyakit Imunodefisiensi Primer kini bukan dalam kategori jarang berlaku di Malaysia
Pesakit tidak didiagnos sebaik mungkin, menyebabkan ia lambat dikesan malah dalam banyak situasi, pesakit sudah alami kerosakan organ.
Kalau dulu Beckham, jejaka ini kini mahu jadi persis Victoria pula
Jika dahulu dia menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti pemain bola sepak dunia, David Beckham kini dia mendedahkan ingin kelihatan seperti Victoria, isteri kepada David.
Pakar bedah anak M'sia ketuai pasukan Australia beri wajah baharu budak lelaki Filipina
Pakar bedah Malaysia mengetuai pasukan empat pakar bedah untuk membuang ketumbuhan yang mencacatkan wajah seoang budak lelaki Filipina berumur tujuh tahun.