Peguambela bekas Presiden Mesir keluar dari mahkamah, perbicaraan ditunda

Astro Awani
Februari 17, 2014 08:56 MYT
Bekas presiden Mesir, Mohammed Morsi. -Gambar fail
Barisan peguambela bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi keluar dari mahkamah sebagai protes terhadap penggunaan kandang kaca bagi menempatkan defendan ketika prosiding.
Kandang itu digunapakai selepas Morsi dan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dibicarakan mengganggu prosiding dengan memotong percakapan hakim serta melaungkan slogan politik di dalam mahkamah.
Pada hari pertama penggunaan kandang kaca itu, Morsi menjerit kerana tidak dapat mendengar hujah hakim.
Susulan itu, hakim Shaaban El-Shamy mengarahkan dakwaan Morsi disiasat.
Beliau kemudian mengarahkan supaya pengubah laras bunyi dikuatkan bagi membolehkan Morsi mengikuti prosiding dengan jelas.
Ia bagaimanapun dibantah peguam Morsi menyebabkan perbicaraan itu ditunda sehingga 23 Februari.
#Ikhwanul Muslimin #Mohammed Morsi #Peguambela
;