Peguam peribadi Trump positif COVID-19
Astro Awani
Disember 7, 2020 10:38 MYT
Disember 7, 2020 10:38 MYT
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan peguam peribadinya Rudy Giuliani disahkan positif COVID-19.
Trump mengesahkan ujian positif Giuliani dalam tweet terbaharunya dan berharap peguam peribadinya itu cepat sembuh.
Bekas Datuk Bandar New York itu merentas ke beberapa negeri sengit dalam beberapa minggu kebelakangan ini dalam usaha membantu Trump dengan kekalahan pilihan raya.
Giuliani sebelum itu membuat kemunculan di Fox News untuk berbicara mengenai cabaran undang-undang di beberapa negeri bagi pihak Trump.
Giuliani sah positif COVID-19 sebulan setelah Trump kalah dalam pemilihan presiden, dan lebih dari dua bulan setelah Trump sendiri diserang virus COVID-19 pada awal Oktober.
Beberapa pegawai pentadbiran di White House turut dijangkiti COVID-19, termasuk ketua kakitangan Mark Meadows dan Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar Ben Carson.