Peguam buat rayuan perintah penahanan Musharraf

AFP
April 18, 2013 06:56 MYT
Pihak peguam akan membuat rayuan pada Jumaat ke atas perintah penahanan bekas pemerintah tentera dan perdana menteri Pakistan, Pervez Musharraf.
Perintah penahanan daripada Mahkamah Tinggi Islamabad itu dilihat sebagai satu tamparan hebat buat jeneral bersara itu, yang sebelum ini membuat janji pilihan raya untuk "menyelamatkan" negara yang bermasalah itu pada pemilihan 11 Mei nanti.
Perintah tersebut dikeluarkan pada Khamis bersabit tuduhan khianat apabila beliau memecat hakim kanan dan menguatkuasakan perintah darurat ketika beliau ingin mengekalkan kuasa pentadbirannya.
Mushharraf turut dituduh terbabit dalam konspirasi pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto ekoran gagal melindungi keselamatan Benazir sehingga seteru politiknya itu terbunuh.
#Pakistan #peguam #penahanan #Pervez Musharraf #rayuan
;