Pegawai polis cedera parah ditikam lelaki di Champs Elysees

Astro Awani
Julai 18, 2024 23:15 MYT
Seorang anggota polis dilihat mengawal kawasan Arc de Triomphe selepas kejadian tikamam di Champs Elysees. - Foto AP
PARIS: Seorang pegawai polis cedera parah akibat ditikam dalam satu serangan di lokasi tumpuan pelancong, Champs Elysees di Paris, Perancis.
Serangan dipercayai berlaku selepas seorang pengawal keselamatan di sebuah butik menghubungi polis selepas melihat seorang lelaki membawa pisau di dalam premis berkenaan.
Menurut polis, penyerang mengalami kecederaan parah dan tiada motif pengganas pada peringkat ini.
Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan keselamatan tertinggi kerana sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah kepada berjuta-juta pelawat, atlet dan pemimpin dunia semasa Sukan Musim Panas Olimpik Pparis, yang akan bermula 26 Julai ini.
Polis Paris menyeru orang ramai mengelak kawasan Champs Elysees.
Rakaman televisyen menunjukkan polis bersenjata mengawal ketat jalan tersebut.
Serangan itu adalah yang terbaharu dalam rentetan insiden keselamatan di ibu negara Perancis minggu ini.
Pada 15 Julai lalu, seorang askar ditikam dan dicederakan oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah stesen kereta api.
Pada masa yang sama pihak berkuasa juga sedang menyiasat rempuhan kereta ke atas sebuah kafe yang dilakukakan oleh seorang lelaki pada 17 Julai lalu.
#polis cedera parah #tikam #Champs Elysees #Sukan Olimpik Paris 2024