Pegawai penyiasat Hak Asasi Manusia PBB dilarang masuk 7 buah negara

Agensi
Jun 18, 2018 20:52 MYT
Negara anggota terbabit termasuk termasuk Syria, Myanmar, Hungary, Nicaragua, Israel, Korea Utara, India dan Pakistan
Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra'ad Al Hussein mengecam kekurangan akses yang diberikan oleh negara anggota PBB kepada pegawai penyiasat yang diiktiraf.
Zeid yang juga merupakan Putera Jordan berkata, negara anggota terbabit termasuk termasuk Syria, Myanmar, Hungary, Nicaragua, Israel, Korea Utara, India dan beberapa wilayah bergolak di Pakistan.
"Kepemimpinan di Syria yang mengabaikan hak asasi manusia adalah asas kepada konflik di negara itu. Berlaku pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan sejak sekian lama oleh pemerintah dan sekutunya ini termasuk juga kumpulan pelampau penyokong mereka yang telah memusnahkan negara itu."jelasnya pada Sidang Dewan Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Isnin.
"Di Myanmar, seperti yang diketahui oleh Majlis, ada tanda-tanda yang jelas mengenai serangan yang terancang, meluas dan sistematik yang terus mensasarkan etnik Rohingya di Rakhine.
"Kita bakal menyaksikan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai jika tiada tindakan drastik diambil." jelasnya.
Zeid turut membangkitkan tragedi berdarah di Nicaragua susulan protes anti-kerajaan sejak dua bulan lalu yang membawa kepada pembunuhan sekurang-kurangnya 178 orang.
Dalam kejadian tersebut dianggarkan sekurang-kurangnya 1,500 orang cedera.
#cedera #India #Jordan #Korea Utara #Myanmar #Pakistan #PBB #protes #Rakhine #Rohingya #Syria
;