Pegawai kedutaan AS komplot jejas kestabilan Venezuela

Astro Awani
Mac 5, 2013 23:46 MYT
Venezeula bercadang untuk mengusir keluar seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat (AS) atas komplot untuk menjejaskan kestabilan negara berkenaan.
Timbalan Presidennya, Nicolas Maduro berkata, langkah itu diambil berikutan pertemuan pegawai berkenaan dengan pegawai-pegawai tentera Venezuela.
Menurut Maduro, identiti pegawai kedutaan itu dikenal pasti sebagai atache tentera udara, David Delmonaco.
Tegasnya, Delmonaco telah diberikan tempoh selama 24 jam untuk meninggalkan Venezuela.
Jurucakap kedutaan AS di Venezuela, Greg Adam bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen mengenai keputusan Caracas itu.
#Nicolas Maduro #pegawai kedutaan AS #usir