Astro Awani logo

Pegawai kanan keselamatan Hamas maut dalam serangan Israel

Agensi
Mac 18, 2025 12:41 MYT
Pegawai kanan keselamatan Hamas maut dalam serangan Israel
Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa. - Gambar fail/ Reuters
GAZA: Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa.
Serangan besar-besaran Israel di Gaza pada Selasa telah membunuh sekurang-kurangnya 200 orang, mengakhiri kebuntuan rundingan lanjutan gencatan senjata sejak beberapa minggu lalu.
Dalam pada itu, serangan dilaporkan di beberapa lokasi, termasuk Gaza utara, bandar Gaza dan Deir al-Balah, Khan Younis dan tengah Rafah dan selatan Gaza.
Pihak pegawai kementerian kesihatan Palestin turut memaklumkan ramai yang terbunuh adalah kanak-kanak.
Tentera Israel berkata serangan itu akan diteruskan selama yang diperlukan dan akan melangkaui serangan udara, meningkatkan kemungkinan bahawa tentera darat Israel boleh menyambung semula serangan.
Hamas berkata Israel telah membatalkan perjanjian gencatan senjata, meninggalkan nasib 59 tebusan yang masih ditahan di Gaza tidak pasti.
#Hamas #gencatan senjata #Gaza #Mahmoud Abu Watfa
;