PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza

Bernama
Disember 25, 2024 14:30 MYT
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA). -Gambar fail/Reuters
GAZA: Pejabat Bantuan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menyeru bantuan segera di Semenanjung Gaza, khususnya hospital di utara berikutan laporan berterusan mengenai serangan terhadap hospital dan kawasan sekitarnya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Pejabat Bantuan Kecemasan PBB menyeru bantuan segera di Semenanjung Gaza, khususnya hospital di utara, kerana serangan berterusan terhadap hospital dan kawasan sekitarnya. Bekalan makanan dan air sangat diperlukan.
  • Di utara Gaza, hanya tiga ventilator tersedia untuk bayi yang memerlukan rawatan intensif. Keadaan di hospital Kamal Adwan, Al Awda, dan Hospital Indonesia semakin merosot sejak Ahad lalu.
  • Wilayah Gaza hampir terkepung sepenuhnya. Sejak 1 Disember, pihak berkuasa Israel telah menafikan 48 daripada 52 percubaan PBB untuk menyelaraskan akses bantuan kemanusiaan.

Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Di utara Gaza, hanya tiga ventilator tersedia untuk bayi yang memerlukan rawatan intensif, menurut Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).
Keadaan di hospital Kamal Adwan, Al Awda, dan Hospital Indonesia di utara Gaza semakin merosot sejak Ahad lalu, apabila tentera Israel mendakwa melaksanakan operasi terhad terhadap Hamas di kawasan sekitar Hospital Indonesia.
OCHA turut melaporkan bahawa wilayah itu hampir terkepung sepenuhnya.
Sejak 1 Dis, pihak berkuasa Israel telah menafikan 48 daripada 52 percubaan PBB untuk menyelaraskan akses bantuan kemanusiaan.
-- BERNAMA
#Gaza #PBB #bantuan kemanusiaan #OCHA
;