PBB: Pyongyang ancam kestabilan antarabangsa

Astro Awani
Februari 12, 2013 06:40 MYT
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara menggesa tindakan diambil ke atas Pyongyang kerana mengancam kestabilan antarabangsa susulan tindakan Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiga.
15 anggotanya yang bersidang dalam mesyuarat tergempar itu turut mengecam Pyongyang.
Badan dunia itu akan mengenalpasti tindakan yang akan dikenakan ke atas negara tersebut, selepas Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menyifatkan ujian berkenaan sebagai satu pencabulan serius kepada keamanan dunia.
Sementara itu, Korea Selatan yang dipilih sebagai Presiden Majlis Keselamatan untuk dua penggal pula mahu dunia bersatu dalam memberikan amaran kepada Pyongyang.
Manakala duta Amerika ke PBB, Susan Rice menyifatkan ujian itu sebagai satu provokatif tanpa mempedulikan amaran yang dikeluarkan sebelum ini.
Pyongyang melancarkan ujian sama pada 2006 dan 2009.
#Korea Utara #Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu #nuklear #PBB #Pyongyang
;