PBB luluskan resolusi sekatan kepada individu, entiti Korea Utara

Agensi
Jun 3, 2017 09:07 MYT
Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley menegaskan resolusi terbaru itu bertujuan menghantar mesej kepada Pyongyang supaya henti lancar ujian peluru berpandu. - Foto REUTERS/Mike Segar
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan resolusi meletakkan 15 individu dan entiti Korea Utara yang terlibat dengan program nuklear republik itu dalam senarai sekatan.
Resolusi itu akan menguatkuasa larangan perjalanan dan pembekuan aset, terutama sekali ke atas individu yang dipercayai mengetuai operasi pengintipan.
Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley menegaskan resolusi terbaru itu bertujuan menghantar mesej kepada Pyongyang supaya berhenti melancar ujian peluru berpandu.
Resolusi terbaru ini bagaimanapun tidak melibatkan sekatan ke atas Pyongyang.
Ini kerana cadangan untuk mengenakan sekatan ke atas Pyongyang ditentang sekutu rapatnya China.
#Amerika Syarikat #keselamatan #Korea Utara #nuklear #PBB #sekatan
;