PBB lulus resolusi 'tidak mengikat' gencatan senjata di Gaza
Agensi
Disember 12, 2023 07:15 MYT
Disember 12, 2023 07:15 MYT
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi 'tidak mengikat' menyeru gencatan senjata antara Palestin dan Israel diluluskan.
Dalam undian tersebut 153 negara anggota menyokong, 10 menentang manakala 23 berkecuali.
Namun, resolusi yang diluluskan bersifat "non-binding agreement" dan tidak mengikat" kerana ia tidak mempunyai kuasa undang-undang antarabangsa.
Resolusi ini hanya menyatakan pandangan atau keutamaan negara anggota PBB mengenai isu tertentu, tetapi ia tidak mengikat di sisi undang-undang.
Resolusi tidak mengikat sering digunakan dalam Perhimpunan Agung PBB untuk menangani pelbagai isu, daripada hak asasi manusia kepada matlamat pembangunan global.
Walaupun mereka mungkin membawa berat dan pengaruh politik, mereka tidak mengenakan kewajipan undang-undang ke atas negara anggota untuk melaksanakannya.
Tidak mengejutkan, Israel dan Amerika Syarikat adalah antara negara yang mengundi menentang usul itu, disusuli Austria, Republik Czech, Guatemala, Liberia, Papua New Guinea dan Paraguay.
Juga negara yang menentang ialah dua pulau kecil pasifik - Micronesia dan Nauru - dengan gabungan populasi kurang daripada 130,000 orang. - Al Jazeera