PBB lulus resolusi desak Rusia tamat pencerobohan ke atas Ukraine

Astro Awani
Februari 24, 2023 11:15 MYT
Perhimpunan agung adalah platform utama agensi itu menangani isu berkaitan pencerobohan ke atas Ukraine. - Foto REUTERS
GENEVA: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mendesak Rusia menamatkan pencerobohan ke atas Ukraine dan mengundurkan tenteranya dari negara itu.
Mesej tegas ini dibuat ketika pencerobohan Kremlin memasuki usia setahun.
Sejumlah 141 undi menyokong resolusi itu sementara 32 berkecuali.
Perhimpunan agung adalah platform utama agensi itu menangani isu berkaitan pencerobohan ke atas Ukraine.
Ini memandangkan Majlis Keselamatan tidak boleh memainkan peranannya dengan keanggotaan Rusia yang mempunyai kuasa veto.
Resolusi dikeluarkan pula tidak mengikat dari aspek undang-undang, sebaliknya hanya umpama kenyataan rasmi.
Konflik Rusia-Ukraine telah mengorbankan ribuan nyawa dan memberi kesan kepada dunia dari segi kenaikan kos makanan dan minyak serta inflasi.
#perhimpunan agung #PBB #kremlin #konflik Rusia-Ukraine
;