PBB kutuk insiden tembak helikopter di Sudan

Astro Awani
Ogos 28, 2014 13:57 MYT
Keadaan di Sudan Selatan bergolak sejak Disember lepas. Gambar fail
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras insiden tembak jatuh helikopter di Sudan Selatan pada Selasa lepas.
Dalam kejadian berkenaan sebuah helikoter kargo Mi-8 ditembak jatuh di Unity State mengorbankan 3 petugas badan dunia itu.
Kesemua mangsa merupakan warga Rusia, di mana seorang terselamat dalam insiden tersebut.
"Ahli-ahli Majlis Keselamatan tegas menekankan bahawa mereka yang terlibat dalam serangan itu perlu bertanggungjawab dan segala langkah yang perlu untuk mengelak serangan seperti itu di masa depan harus diambil.
“Mereka juga meminta agar UNMISS mengambil langkah-langkah tambahan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan daripada operasi udara di Selatan Sudan serta membuat laporan mengenainya kepada Majlis, " kata Duta British ke PBB.
Komander pemberontak Sudan Selatan Peter Gadet memberi amaran minggu lepas kepada PBB agar tidak terbang dalam kawasan tersebut.
Helikopter itu ditembak dengan bom roket oleh pengikut Gadet.
Ketegangan di Sudan Selatan bermula Disember lepas antara penyokong bekas Naib Presiden Riek Machar dan Presiden Salva Kiir.
#helikopter #kutuk #PBB #sudan selatan #tembak jatuh
;