PBB kecam serangan Israel ke atas pekerja bantuan WCK

Astro Awani
April 2, 2024 07:15 MYT
Kenderaan WCK yang diserang Israel dan menyebabkan pekerja badan bantuan itu terkorban. - Foto REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)sifatkan serangan Israel ke atas pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) sehingga mengorbankan tujuh nyawa sebagai tidak berakal.
Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres menegaskan, insiden itu memberi mesej jelas, perlunya gencatan senjata dikuatkuasakan segera di Gaza.
"Serangan udara Israel yang membunuh petugas World Central Kitchen menjadikan bilangan petugas bantuan yang maut dalam konflik ini kepada 196 orang, termasuk 175 kakitangan PBB.
"Ini tidak boleh diterima akal dan hasil yang tidak dapat dielakkan daripada perang ini," katanya.
Tentera Israel sebelum ini dilaporkan akan menubuhkan badan siasatan khas untuk menyiasat insiden itu.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini dilaporkan mendakwa serangan itu sebagai satu kesilapan.
WCK bagaimanapun mendakwa petugasnya beroperasi dengan menaiki dua kenderaan perisai, yang dilengkapi dengan logo badan kebajikan itu.
Israel menafikan ia menghalang pengedaran bantuan makanan yang mendesak di Gaza.
#serangan #WCK #Israel #Gaza
;