PBB kecam perluasan konflik di Asia Barat

Astro Awani
Oktober 2, 2024 08:00 MYT
Gutteres merayu agar usaha gencatan senjata dilaksanakan dengan kadar segera. - Foto fail/AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres mengutuk perluasan konflik yang disifatkannya semakin memuncak di Asia Barat.
Menurut beliau dalam satu hantaran di X, ketegangan yang berlaku akibat peningkatan demi peningkatan konflik perlu dihentikan segera dan gencatan senjata sangat diperlukan.
Beliau turut bimbang dengan perluasan konflik khususnya di Lubnan.
Justeru beliau merayu agar usaha gencatan senjata dilaksanakan dengan kadar segera.
Katanya, peperangan berskala besar mesti dielakkan di Lubnan dengan apa jua cara.
Kedaulatan dan keutuhan wilayah Lubnan juga perlu dihormati.
#Antonio Guterres #Asia Barat #konflik #terkini
;