PBB kecam penindasan di Iran sempena ulang tahun kematian Mahsa Amini

Bernama
September 19, 2023 23:53 MYT
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam sekeras-kerasnya tindakan Iran pada ulang tahun pertama kematian Mahsa Amini, wanita muda Iran-Kurdish yang kematiannya mencetuskan protes terburuk Iran. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam sekeras-kerasnya tindakan Iran pada ulang tahun pertama kematian Mahsa Amini, wanita muda Iran-Kurdish yang kematiannya mencetuskan protes terburuk Iran, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Pada bulan lalu, pihak berkuasa menahan berpuluh-puluh pembela hak asasi manusia, dalam apa yang kelihatan sebagai usaha bersepadu untuk membatalkan protes menandakan ulang tahun demonstrasi tahun lalu terhadap... kematian Mahsa Amini," menurut kenyataan PBB pada Selasa.
Pihak berkuasa setakat ini gagal menjalankan siasatan bebas, saksama dan telus terhadap kematian Amini, menurut kenyataan itu.
Polis moral Iran telah menahan gadis berusia 22 tahun itu kerana didakwa tidak memakai tudung dengan betul. Apa yang berlaku selepas itu masih tidak jelas, namun wanita muda itu koma dan meninggal dunia di hospital.
Beribu-ribu orang berpusu-pusu ke pengebumian Amini. Bermula di wilayah Kurdish, protes telah merebak ke seluruh negara.
-- BERNAMA
#PBB #kecam #Iran #Mahsa Amini #ulang tahun
;