PBB ingin Taliban jamin hak keluar dari Afghanistan dengan selamat
Astro Awani
Ogos 30, 2021 07:57 MYT
Ogos 30, 2021 07:57 MYT
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) menerima draf resolusi berkenaan situasi di Afghanistan.
Resolusi tersebut gesa Taliban untuk benarkan warga Afghanistan keluar dari negara berkenaan dengan rela dan selamat.
Resolusi itu turut menggesa Afghanistan untuk menghormati hak wanita dan kumpulan minoriti.
Menurut wakil tetap Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, Afghanistan tidak boleh sekali lagi menjadi tempat perlindungan untuk pengganas.
"Afghanistan tidak boleh sekali lagi menjadi tempat perlindungan untuk pengganas.
"Kita harus pastikan Afghanistan menghormati hak rakyatnya, termasuk wanita, kanak-kanak perempuan dan kumpulan minoriti," katanya.
Tambahnya, Amerika Syarikat tidak boleh bawa keluar semua penduduk di Afghanistan dan ini adalah masa untuk diplomasi.
Jelasnya, minggu lepas pihak Taliban bersetuju untuk menjamin keselamatan dan kebebasan untuk warga Afghanistan dan warga asing untuk keluar dari negara itu.
Resolusi ini menurutnya adalah harapan dunia yang pihak Taliban akan terus memastikan ini ditepati sehingga selepas Amerika Syarikat lengkap keluar dari Afghanistan pada 31 Ogos.