PBB gesa Syria segera selesai di meja rundingan

Astro Awani
Mac 1, 2013 23:55 MYT
Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-moon menyeru kerajaan Syria dan perwakilan pembangkang segera memanfaatkan peluang mengadakan rundingan secepat mungkin bagi menyelesaikan konflik di republik Islam itu.
Menurut beliau, PBB melihat pintu rundingan itu kini semakin tertutup berdasarkan konflik yang belum menunjukkan tanda akan reda.
PBB katanya, sentiasa menyokong usaha ke arah rundingan. Dengan itu, beliau mahu utusan khas PBB dan Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi terus berusaha membawa pihak bertelagah ke meja rundingan.
Konflik di Syria setakat ini dianggarkan telah membunuh 60 ribu orang sejak dua tahun lalu.
#Ban Ki-Moon #PBB #Syria