PBB gagal membawa Syria ke meja rundingan
Astro Awani
November 6, 2013 09:13 MYT
November 6, 2013 09:13 MYT
Selepas beberapa hari mengadakan pertemuan, diplomat gagal mencapai persetujuan untuk membawa Syria semula ke meja rundingan.
Perkara itu didedahkan wakil tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Syria Lakhdar Brahimi.
Bagaimanapun PBB menegaskan usaha rundingan masih belum gagal sepenuhnya.
PBB kata Brahimi masih mengharapkan persidangan mengenai keamanan Syria boleh diadakan sebelum hujung tahun ini.
“Kami berharap boleh mengumumkan tarikh hari ini. Namun, kami tidak boleh. Kami mengharapkan persidangan boleh diadakan sebelum akhir tahun ini,” kata beliau.
Diplomat yang menghadiri pertemuan pada selasa menemui jalan buntu untuk sepakat mengenai satu tarikh bagi rundingan susulan.
Kuasa dunia menolak keras berhubung tindakan yang diambil para diplomat mengenai cara menamatkan pertumpahan darah dan bayangan kerajaan pasca Presiden Bashar Assad.
Kerajaan Bashar awal-awal lagi membayangkan tidak bersedia untuk rundingan bagi menyerah kuasa.
Pada masa ini diplomat cuba untuk menyambung semula rundingan yang membolehkan pelan damai dipersetujui di geneva tahun lepas dijayakan.
Perang Syria mengakibatkan 9 juta penduduknya sangat terdesak memerlukan bantuan kemanusiaan termasuk 6.5 juta yang kini melarikan diri.