PBB dakwa Taliban lakukan ratusan kes pencabulan hak asasi manusia

Astro Awani
Julai 21, 2022 11:30 MYT
Pentadbiran kerajaan Taliban di Afghanistan dilapor melakukan ratusan pencabulan hak asasi manusia sejak rampasan kuasa tahun lalu. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Pentadbiran kerajaan Taliban di Afghanistan dilapor melakukan ratusan pencabulan hak asasi manusia sejak rampasan kuasa tahun lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia termasuk penyeksaan dan pembunuhan bukan berdasarkan lunas undang-undang.
Taliban sebelum ini konsisten menafikan perkara berkenaan.
Namun laporan misi PBB di Afghanistan (UNAMA) mendokumentasi 160 dakwaan pembunuhan tidak mengikut lunas undang-undang serta 56 insiden penyeksaan serta layanan buruk.
Turut dilaporkan, lebih 170 tangkapan dan penahanan terhadap bekas pegawai kerajaan dan anggota keselamatan negara sejak Ogos tahun lalu.
Antara kaedah penyeksaan termasuk menendang, menumbuk, menampar, pukul dan turut menggunakan alat kejutan elektrik.
Namun sejak perang berakhir, keselamatan dilapor bertambah baik di seluruh negara dengan penurunan jumlah korban awam.
#PBB #Taliban #Afghanistan #pencabulan hak asasi manusia
;