PBB bimbang dengan perkembangan perang di Gaza
Astro Awani
April 4, 2024 07:00 MYT
April 4, 2024 07:00 MYT
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kecewa dengan perkembangan perang di Gaza.
Menurut jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, wujud pencabulan jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa di wilayah itu.
"Penilaian mendapati situasi sekarang tidak melalui laluan yang sepatutnya.
"Penilaian berkaitan resolusi Majlis Keselamatan, pertempuran masih berterusan. Operasi Israel masih berterusan. Tahanan kekal ditahan. Setiausaha Agung sudah menyatakan dengan jelas berhubung kebimbangannya," katanya.
Kenyataan ini dibuat 10 hari selepas Majlis Keselamatan PBB (UNSC) meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata dikuatkuasa antara Israel dan Hamas.
Sementara itu, Dujarric mengesahkan operasi bantuan PBB akan diteruskan semula.
Ia dihentikan untuk tempoh 48 jam selepas insiden serangan Israel ke atas pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK).