PBB batal pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Astro Awani
Disember 21, 2017 04:27 MYT
PBB isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal - BERNAMA
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.
Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.
35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.
Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.
Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.
Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.
BACA: "Terima kasih kerana masih bersama Palestin walaupun diugut Trump"
BACA: "Kami tidak terima" kata Israel kepada PBB
#Amerika Syarikat #AS #Donald Trump #Israel #Palestin #PBB #perhimpunan #presiden #Washington
;