PBB anggarkan India mempunyai jumlah penduduk tertinggi di dunia

Astro Awani
Julai 10, 2023 07:45 MYT
Daripada keseluruhan 8 bilion populasi dunia, 1.425 bilion merupakan populasi India. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah populasi India bakal mengatasi China.
Daripada keseluruhan 8 bilion populasi dunia, 1.425 bilion merupakan populasi India.
Bagaimanapun, pakar demografi menganggap ia sukar untuk dikira dengan tepat kerana PBB hanya bergantung pada anggaran sepenuhnya.
Menurut PBB, jumlah penduduk China akan terus berkurangan di bawah 1 bilion sebelum akhir abad ini.
Menurut angka PBB, kedua-dua India dan China mempunyai tahap kesuburan yang sama pada tahun 1971, tetapi pada akhir dekad itu ia telah berkurangan separuh di China.
Faktor ini disumbang oleh dasar satu keluarga satu anak yang diperkenalkan China pada tahun 1980.
Bagaimanapun, ia telah dibatalkan pada Januari 2016 apabila China membenarkan dua anak bagi setiap pasangan.
Kini setelah India menjadi negara paling ramai penduduk di dunia, timbul persoalan sama ada ia mampu mengulangi kejayaan China menerajui ekonomi dan politik dunia.
#jumlah penduduk #populasi dunia #PBB #tahap kesuburan
;