Pawagam di Beijing dibuka beransur-ansur bermula Jumaat

AP Newsroom
Julai 24, 2020 19:48 MYT
Pawagam di Shanghai, Hangzhou dan Guilin di China dibuka semula awal minggu ini dengan jumlah penonton yang terhad. - Gambar hiasan
Pawagam di Beijing dijadualkan dibuka semula secara beransur-ansur pada Jumaat selepas ditutup enam bulan akibat penularan pandemik COVID-19.
Hanya pawagam di kawasan berisiko rendah di ibu negara China itu dibenarkan beroperasi dengan mengamalkan langkah keselamatan yang ketat.
Kehadiran di setiap dewan tayangan adalah terhad kepada 30 peratus dan tiket hanya dijual secara dalam talian kepada mereka yang mendaftar menggunakan nama sebenar.
Makan dan minum dalam pawagam adalah dilarang, kod kesihatan QR dan suhu badan harus diperiksa sebelum memasuki tempat itu.
Tiket di cawangan Poly International Cinema berhampiran Tiananmen Square habis terjual pada hari pertama dibuka semula.
Pada tahun 2019, pawagam China menjana rekod 5 bilion yuan atau 708 juta dolar US dari 30 September hingga 7 Oktober.
Pawagam di Shanghai, Hangzhou dan Guilin di China dibuka semula awal minggu ini dengan jumlah penonton yang terhad.
Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 15.32 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4 juta kes positif.
Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.22 juta kes dan India 1.2 juta kes.
#Beijing #China #filem #keselamatan #kesihatan #koronavirus #pandemik #pawagam #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #SOP #wayang #WHO
;