Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See

Bernama
Februari 23, 2025 18:45 MYT
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma. - Gambar fail/REUTERS
VATICAN CITY: Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma, menurut perkhidmatan berita Holy See pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Malam berlalu dengan aman, Paus berehat dengan baik," menurut Holy See dalam satu kenyataan.
Sehari sebelum itu, Paus Francis mengalami masalah pernafasan dan menerima bantuan oksigen serta pemindahan darah.
Holy See memaklumkan bahawa keadaan ketua gereja Katolik itu masih kritikal, namun kekal sedar.
-- BERNAMA
#Paus Francis #rawatan #radang paru-paru #pernafasan
;