Paus Francis seru hentikan perang, desak pelucutan senjata global
Bernama
Mac 18, 2025 06:00 MYT
Mac 18, 2025 06:00 MYT
"Seperti pernah saya nyatakan, perang kini kelihatan semakin tidak masuk akal," kata Paus Francis. - Gambar fail Reuters
ATHENS: Pemimpin tertinggi Katolik, Paus Francis menyeru supaya perang dihentikan dan melaksanakan pelucutan senjata di peringkat antarabangsa.
"Perang hanya memusnahkan komuniti dan alam sekitar tanpa menyelesaikan konflik, manakala diplomasi dan pertubuhan antarabangsa perlu diberi nafas serta kredibiliti baharu," kata Francis sebagai respons kepada surat Ketua Pengarang akhbar harian Itali, Corriere della Sera, menurut laporan agensi berita Vatican News, Selasa.
"Seperti pernah saya nyatakan, perang kini kelihatan semakin tidak masuk akal," tambahnya.
-- BERNAMA