Paul Hansen memenangi anugerah 2012 World Press Photo

Astro Awani
Februari 16, 2013 08:35 MYT
Gambar dua orang kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan oleh Israel di Gaza tahun lalu yang dibawa oleh sekumpulan lelaki untuk disemadikan memenangi anugerah 2012 World Press Photo.
Gambar yang diambil oleh jurugambar Sweden Paul Hansen menunjukkan mangsa yang merupakan adik-beradik Suhaib Hijazi, 2, dan Muhammad, 3, dibawa oleh pakcik-pakcik mereka untuk disemadikan kerana ayah mereka, Fouad, tutut terbunuh di dalam kejadian itu.
Ibu kanak-kanak malang itu masih menerima rawatan rapi.
“Kekuatan gambar itu adalah cara ia kontrakan kemarahan dan kesedihan orang dewasa dengan kenaifan kanak-kanak itu,” kata juri anugerah dari Peru mayu Mohana.
“Ia adalah satu gambar yang saya tidak akan lupakan,” kata beliau lagi.
World Press Photo merupakan salah satu pertandingan foto yang paling berprestij dan menawarkan anugerah dalam sembilan kategori kepada 54 jurugambar daripada 32 negara.
Foto Hansen memenangi anugerah utama di dalam kategori berita dan keseluruhan pertandingan.
“Anugerah ini adalah yang paling tinggi yang boleh didapati dalam kerjaya ini,” kata hansen kepada The Associated Press.
“Saya sangat gembira, tetapi saya sedih juga. Keluarga itu kehilangan dua kanak-kanak dan ibunya berada di dalam keadaan tidak sedar di hospital.
“Keadaan ini sangat komplex untuk dilihat. Adalah amat sukar untuk menyampaikan emosi yang sedang berlaku di sana. Cahaya di sana sangat terang dan ada ramai orang.
“Tetapi di satu lorong cahaya memantul dari dinding, jadi saya fikir ini adalah tempat di mana anda boleh melihat bahawa ia adalah satu perarakan....saya mendapat kedalaman dalam imej, dan cahaya yang melantun.”
Untuk fotonya, Hansen menerima wang tunail sebanyak €10,000 (RM41398.20).
Lihat gambar-gambar pemenang World Press Photo di galeri.
#Paul Hansen #World Press Photo