Pasukan boling Kentucky pecah rekod dunia dengan 2,032 strike dalam 24 jam

Bernama
September 4, 2024 22:47 MYT
Kuartet pemain boling di Kentucky mencipta rekod dunia Guinness apabila mencatatkan 2,032 strike dalam masa 24 jam. - Foto hiasan/Pixabay
LOUISVILLE (Kentucky): Kuartet pemain boling di Kentucky mencipta rekod dunia Guinness apabila mencatatkan 2,032 strike dalam masa 24 jam, lapor United Press International (UPI).
Gandingan Steve Wiseman, Trace Wiseman, Kyle Reed dan Erik Howard yang merupakan penduduk Louisville, menamatkan maraton boling 24 jam mereka pada Isnin di Lane One di Kingpin, Jeffersontown.
Mereka menyasarkan untuk merangkul gelaran rekod dunia Guinness bagi kategori strike terbanyak dalam tempoh 24 jam dalam boling 10 pin dengan empat orang, kategori baharu yang memerlukan minimum 1,200 pukulan untuk merasmikan rekod itu.
Kumpulan itu mencapai sasaran rekod dunia Guinness kira-kira 14 jam selepas percubaan mereka dan terus bermain untuk baki tempoh 24 jam, berakhir dengan sejumlah 2,032 strike.
Video dan bukti lain daripada percubaan itu sedang diserahkan kepada organisasi penyimpanan rekod untuk pengesahan rasmi.
Wiseman bersaudara memegang rekod dunia untuk jumlah pin terbanyak dijatuhkan dalam 24 jam oleh pasukan dua orang dan rekod yang sama bagi pasukan empat orang.
-- BERNAMA
#pasukan boling #Kentucky #pecah rekod dunia #strike