Pasca referendum pindaan perlembagaan Mesir

Astro Awani
Disember 26, 2012 07:51 MYT
Presiden Mesir, Mohammed Morsi menyeru pemimpin pembangkang menyertai sesi dialog membincangkan peruntukan perlembagaan baru dan anjakan politik bagi mengukuhkan ekonomi negara berkenaan.
Dalam ucapan pertama selepas referendum diadakan, beliau berkata, cadangan pindaan perlembagaan baru yang diterima rakyat memperlihatkan keperluan mewujudkan sebuah republik Mesir yang baru.
Pembangkang Mesir sebelum ini berikrar akan terus menentang pindaan berkenaan selain mempertikaikan legitimasi pindaan berkenaan.
Ia disebabkan peratus keluar mengundi yang rendah kira-kira 33 peratus mengundi ketika referandum tersebut.
Pembangkang mendakwa, pindaan itu membataskan kebebasan dan mengabaikan hak kumpulan minoriti Mesir.
Bagaimanapun, pembangkang menyambut baik pelawaan dialog dan mahu melihat sama ada presiden benar-benar serius dengan pelawaan itu.
#Mesir #Mohamed Morsi #perlembagaan baru #referendum perlembagaan
;