Pasca COVID-19: Australia longgar sekatan mulai hari ini
Astro Awani
November 1, 2021 08:15 MYT
November 1, 2021 08:15 MYT
AUSTRALIA melonggarkan sekatan sempadan antarabangsanya bermula hari ini (1 Nov), pertama kali sejak pandemik COVID-19 melanda pada Mac 2020.
Individu yang lengkap divaksin dibenarkan mengembara sementara negara itu juga mula menerima pelancong dari luar negara.
Australia antara negara yang melaksanakan sekatan ketat sejak pandemik.
Sekatan termasuk larangan keluar masuk ke negara itu, kecuali bagi golongan yang diberikan pengecualian.
Namun, dengan kadar vaksinasi mencapai 80 peratus, Australia kini membenarkan perjalanan antarabangsa.
Ini juga bermakna, 14 juta rakyatnya di Victoria, News South Wales Dan Canberra kini bebas melancong.
Warganya di luar negara juga dibenarkan kembali.
Bagi pelancong, buat masa ini Australia hanya membenarkan pengembara lengkap divaksin dari New Zealand memasuki negara itu.
Pengembara yang tidak divaksin, perlu menjalani kuarantin ketat.
Australia kini melaksakanan strategi pengurusan pandemik, yang bermakna rakyat perlu hidup dengan virus, dengan memperluaskan program vaksinasi.