Pasca Brexit: Boris Johnson cuba tenangkan kebimbangan rakyat
Agensi
Jun 27, 2016 23:32 MYT
Jun 27, 2016 23:32 MYT
Wang pencen rakyat selamat, nilai pound stabil dan begitu juga pasaran.
Itu penjelasan bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson bagi menjawab kebimbangan mengenai kesan brexit terhadap rakyat Britain.
“Saya telah lihat banyak kekeliruan hujung minggu lalu mengenai status orang ramai yang tinggal di negara ini, kata Johnson.
“Sangat jelas bahawa hak rakyat negara Eropah lain yang menetap di sini dilindungi.
“Semua mahu melihat sebuah sistem yang adil, tidak berat sebelah dan berperikemanusiaan kepada orang ramai yang datang dari segenap dunia dan jelas penduduk dari UK yang tinggal di negara anggota EU akan juga dilindungi hak mereka secara menyeluruh," tambahnya.