Pasangan terpendek di dunia berkahwin
Sinar Harian
Jun 15, 2024 15:00 MYT
Jun 15, 2024 15:00 MYT
Pasangan berasal dari Brazil yang dinobatkan individu terpendek di dunia oleh Guinness World Record (GWR) melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Paulo Gabriel da Silva Barros dan Katyucia Lie Hoshino, pasangan terpendek di dunia menurut Guinness World Record (GWR), baru-baru ini melangsungkan perkahwinan mereka.
- Kisah mereka yang berpasangan sejak tahun 2006 dan akhirnya menikah selepas 15 tahun menjadi viral di media sosial, di mana netizen memuji kesetiaan mereka dan sikap menerima kekurangan fizikal satu sama lain.
- Perkahwinan mereka, yang diumumkan secara rasmi oleh GWR di Instagram mereka, memperoleh liputan luas di seluruh dunia. Barros dan Hoshino, dengan ketinggian masing-masing 90.28 cm dan 91.13 cm, menyatakan bahawa walaupun pendek, mereka memiliki 'hati besar' dan cinta yang mendalam.
Kisah pasangan suami isteri, Paulo Gabriel da Silva Barros dan Katyucia Lie Hoshino telah tular di media sosial yang mana netizen memuji kerana menerima kekurangan fizikal masing-masing.
Mengimbas detik perkenalan mereka, Barros dan Hoshino bertemu pada tahun 2006 dan selepas 15 tahun berpasangan, mereka akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan penuh gilang-gemilang.
Perkahwinan Barros dan Hoshino yang masing-masing berumur 31 dan 28 tahun diumumkan secara rasmi oleh GWR dalam akaun Instagram mereka dan mendapat liputan meluas di seluruh dunia.
Barros berkata, mereka mungkin pendek tetapi mempunyai 'hati besar' dan mencintai sepenuhnya antara satu sama lain.
Menurut GWR, ketinggian Barros adalah 90.28 sentimeter (cm) manakala Hoshino ialah 91.13 cm.
Selepas kisah mereka tular, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan kebahagian mereka sehingga akhir hayat. - Sinar Harian/ Agensi